Latar Belakang JKNCR
Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor IPTA Malaysia telah ditubuhkan pada dan telah di Pengerusikan oleh Ybhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Habsah Binti Syed Hassan Shahabudin, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia selama dua (2) tahun.
Pada 4hb. Mac 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor telah sebulat suara melantik YBhg. Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk mempengerusikan Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor IPTA Malaysia dan Ybhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu sebagai Timbalan Pengerusi.
JKNC/R berperanan sebagai platform pengurusan tertinggi universiti berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam membuat keputusan tentang pendidikan tinggi negara. JKNC/R mempunyai peranan besar dalam melaksanakan pelbagai ketetapan, dasar dan strategi kerajaan dalam menjayakan transformasi masyarakat Malaysia menjadi negara maju.